Windows 8 merupakan
sistem pengendalian keluaran
Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah
komputer meja rumah dan perniagaan,
komputer riba,
tablet dan
PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian
Windows NT serta menggantikan
Windows 7.Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.Windows 8 dibina berdasarkan
bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui
Windows Store. Windows 8 turut menampilkan
skrin Start baharu,
Internet Explorer 10, sokongan asli untuk
USB 3.0,
Windows Defender serba baharu yang menentang
perisian jahat,
Windows To Go, serta sokongan bagi
UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan
Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan
seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.